Amaran hujan berterusan di 8 negeri

Amaran hujan berterusan di 8 negeri

Hujan berterusan dijangka berlaku di tujuh negeri Semenanjung hingga Sabtu iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di tujuh negeri di Semenanjung dan Sabah.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri di Semenanjung dan Sabah.

Hujan berterusan dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca sama turut diramalkan berlaku di Sabah melibatkan Kudat dan Sandakan sehingga hari ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.