PH akan lawan ‘habis-habisan’ fitnah terhadap Anwar, kerajaan

PH akan lawan ‘habis-habisan’ fitnah terhadap Anwar, kerajaan

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata, gabungan berkenaan akan mewujudkan isi kandungan tersendiri untuk melawan serangan fitnah.

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata, gabungan itu berdepan ‘satu demi satu fitnah’ susulan pembentukan kerajaan perpaduan.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) akan berjuang “habis-habisan” menentang fitnah terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya, kata pengarah komunikasi gabungan itu, Fahmi Fadzil.

Katanya, sejak Anwar mengangkat sumpah, pada 24 Nov, PH berdepan “satu demi satu fitnah” – daripada tuduhan bahawa kerajaan pro-Israel sehingga dikatakan menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Komponen PH, DAP juga diserang, seperti oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti itu menyebarkan “Islamofobia”.

Fahmi berkata, penyokong PH sendiri sudah mula mengadu mengenai tuduhan palsu terhadap pimpinan gabungan.

“Ada gerakan untuk meniupkan sentimen seperti itu terhadap kita,” katanya kepada FMT, sambil menyatakan gabungan berkenaan akan mewujudkan isi kandungan tersendiri untuk melawan serangan fitnah.

PH telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berhubung Hadi, Fahmi berkata, kenyataan pemimpin PAS itu langsung tidak membantu menyatukan rakyat.

“Beliau (Hadi) tidak dapat menerima Anwar dilantik sebagai perdana menteri ke-10 dan kerajaan perpaduan dibentuk atas titah Yang di-Pertuan Agong, konsep yang ditolak oleh (Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin Yassin,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.