JKM Kelantan beri bantuan lebih RM160 juta kepada 47,045 penerima

JKM Kelantan beri bantuan lebih RM160 juta kepada 47,045 penerima

Seramai 39,538 orang adalah penerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan persekutuan manakala 7,507 orang menerima bantuan disalurkan kerajaan negeri.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi memberitahu lebih RM160 juta disalurkan kepada 47,045 penerima hingga September pada sidang DUN Kelantan hari ini. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini diberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan bantuan berjumlah RM164,337,952 kepada 47,045 penerima di negeri itu setakat September lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata ia membabitkan penerima skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE), Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Beliau berkata, seramai 39,538 orang merupakan penerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan persekutuan manakala 7,507 orang menerima bantuan disalurkan kerajaan negeri.

“Di bawah peruntukan kerajaan persekutuan seramai 39,538 menerima bantuan masing-masing melibatkan peruntukan RM147,667,452.

“BKK memberi manfaat kepada 9,808 penerima, BWE (8,893), EPOKU (8,718), BPT (2,904), BTB (9,191) dan BAP (24),” katanya Persidangan DUN Kelantan di Kota Darulnaim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) mengenai jumlah penerima bantuan JKM Kelantan pada tahun ini pada sesi soal jawab lisan.

Mumtaz berkata, kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan am kepada 7,507 penerima membabitkan peruntukan berjumlah RM16,670,500.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.