Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup

Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup

Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing.

Pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat, ditutup 7 malam tadi. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, 7 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan PPS itu sebelum ini menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

PPS itu beroperasi sejak 2 Nov lalu akibat limpahan Sungai Muar yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.