
Mengingatkan bahawa negara dalam proses peralihan kerajaan, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan sebarang provokasi atau membangkitkan isu perkauman dan agama.
“Polis akan terus memberikan komitmen dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam kekal terjamin di bawah pentadbiran perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, polis meminta orang ramai tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan berkaitan politik di tempat terbuka dalam masa terdekat, demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Pengguna dan pemilik akaun media sosial turut dinasihatkan supaya menjaga adab dan tingkah laku.