BN mesyuarat lagi malam ini sebelum hadap Agong esok

BN mesyuarat lagi malam ini sebelum hadap Agong esok

Dua mesyuarat akan berlangsung malam ini iaitu dengan Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen gabungan itu.

Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini.
KUALA LUMPUR:
Pemimpin Barisan Nasional (BN) tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), untuk satu lagi mesyuarat malam ini.

Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Presiden MCA Wee Ka Siong, Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor serta Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin.

Hishammuddin memberitahu media akan ada dua mesyuarat malam ini iaitu dengan Dewan Tertinggi BN dan bersama Ahli Parlimen gabungan itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin untuk jawatan perdana menteri, Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan sokongan BN adalah secara “en bloc”.

“Ia keputusan parti,” katanya.

Semua 30 Ahli Parlimen BN dijadualkan menghadap Agong pada 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.