Pemain naturalisasi, Sergio Aguero julung kali undi

Pemain naturalisasi, Sergio Aguero julung kali undi

Pemain bola sepak berstatus naturalisasi dari Sri Pahang FC itu mengundi di SK Semambu, Kuantan.

Sergio Aguero tidak melepaskan peluang mengundi bagi Parlimen Indera Mahkota dan DUN Semambu. (Gambar Sergio Aguero)
PETALING JAYA:
Pemain naturalisasi bagi kelab bola sepak Sri Pahang FC, Sergio Aguero menunaikan tanggungjawab mengundi buat julung kali di Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu.

Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Argentina itu mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semambu, Kuantan.

“Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama. Harapan saya semoga Malaysia akan membentuk kerajaan yang stabil,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau mengesahkan memiliki status warganegara Malaysia pada 16 Sept lalu. Penyerang itu berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status warganegara.

“Kuantan tempat yang istimewa untuk saya dan keluarga. Saya jatuh hati dengan makanan, masyarakat yang sangat baik dan paling penting, saya menemui ketenangan di sini bersama keluarga.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.