
Terdahulu, SPR berkata pengundi mesti menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum masuk ke petak undi untuk membuang undi, yang mana ia tidak dikuatkuasakan mereka, menurut Lim.
“Mengikut apa yang baru saya lalui tadi (untuk membuang undi), peraturan SPR tidak dikuatkuasakan,” katanya di Twitter.
Katanya, peraturan itu penting untuk mencegah sogokan ketika pengundi membuang undi.
“Saya harap Ejen Tempat Undi dan Ejen Mengira Undi (PACA) dan SPR memberi perhatian serius terhadap perkara ini.”
Pada Isnin, SPR berkata pengundi tidak dibenarkan membawa telefon bimbit di tempat mengundi untuk pilihan raya umum, dan mereka perlu menyerahkannya di tempat ditetapkan selepas menerima kertas undi.
Ini dikatakan bagi menghalang sogokan terhadap orang ramai, kerana pihak tertentu mendakwa sesetengah pengundi perlu menunjukkan bukti bahawa mereka mengundi parti tertentu, dengan mengambil gambar kertas undi mereka, untuk mendapat ganjaran.