Abdul Hadi yakin PN bentuk kerajaan, mahu bincang Kabinet dengan rakan

Abdul Hadi yakin PN bentuk kerajaan, mahu bincang Kabinet dengan rakan

Presiden PAS Hadi Awang yakin Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan, berdasarkan keputusan awal yang diperolehi parti itu.

(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Presiden PAS Abdul Hadi Awang yakin Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan, berdasarkan keputusan awal PRU15 yang diperolehi parti itu.

Justeru, Hadi yang berjaya mempertahankan Parlimen Marang, mahu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam PN tentang Kabinet baharu.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS di ibu negara malam tadi.

“Kami akan berusaha sedaya upaya, sebaik mungkin melaksanakan tawaran-tawaran dijanjikan dan meneruskan agenda Wawasan Induk Sejahtera Negara (WINS) 2051.”

Pada masa sama, Abdul Hadi juga mengucapkan tahniah kepada semua pengundi kerana menjalankan tanggungjawab memilih kepimpinan.

“Terima kasih pada pengundi kerana meletakkan kepercayaan pada PN terutama pengundi muda terdiri latar belakang dan pelbagai kaum,” katanya.

“Saya mewakili seluruh kepimpinan parti merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada PAS dan PN untuk mentadbir negara sekali lagi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.