30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air

30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air

Pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan di Kota Belud tiba-tiba dinaiki air akibat hujan lebat kira-kira 2 petang tadi.

Keadaan di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga puluh orang terperangkap di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud, Sabah akibat banjir dan kepala air petang tadi.

Harian Metro melaporkan kawasan itu tiba-tiba dinaiki air akibat hujan lebat kira-kira 2 petang.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada 20 pengunjung dan 10 kakitangan pusat pelancongan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang.

“Semua mangsa terperangkap berpindah ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada 4.22 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.