SPR mesyuarat khas Jumaat ini susulan kematian Karupaiya

SPR mesyuarat khas Jumaat ini susulan kematian Karupaiya

Menurut SPR satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu.

Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 Nov untuk membincangkan penetapan tarikh penting urusan pilihan raya umum bagi Parlimen Padang Serai, susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, hari ini.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya dan kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu.

Menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.

Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Bakhtiar Wan Chik memberitahu FMT bahawa Karupaiya meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut keluarganya.

Karupaiya yang mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua berdepan saingan enam penjuru apabila dicabar calon Barisan Nasional C Sivarraajh, Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas Sreanandha Rao.

Ahli PKR itu memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong daripada MCA dan calon PAS Sobri Osman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.