
“Anwar ada pengalaman dan integriti untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum serta meningkatkan imej Malaysia di mata dunia,” kata jurucakap G70, Wan Ramli Wan Daud.
Ramli berkata, Anwar dan Pakatan Harapan (PH) mampu menangani krisis ekonomi ketika ini, mempertahankan kedudukan agama Islam dan juga menjaga kebajikan orang Melayu dan Bumiputera.
Kumpulan itu turut menggesa rakyat Malaysia menyokong calon yang mementingkan kesejahteraan negara dan rakyat.
“Kami menggesa rakyat Malaysia menolak calon daripada parti yang mengkhianati demokrasi,” kata Ramli, merujuk Langkah Sheraton yang menjadi punca kejatuhan kerajaan PH pada 2020.
Katanya, pengundi juga perlu menolak mereka yang menceburi politik untuk kepentingan peribadi.