Polis Muar siasat kes khianat poster parti politik

Polis Muar siasat kes khianat poster parti politik

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah khianat, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini, kata ketua polis Muar.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan mengenai kejadian di Parit Jawa, kawasan bawah Parlimen Muar, itu diterima pada 8.30 pagi Ahad lepas di Balai Polis Parit Jawa. (Gambar Facebook)
MUAR:
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan poster parti politik di Parit Jawa selepas menerima laporan Ahad lepas.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan mengenai kejadian di kawasan bawah Parlimen Muar itu diterima pada 8.30 pagi di Balai Polis Parit Jawa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah khianat, katanya.

“Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Dewan Serbaguna Markas Batalion 6 Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.

Parlimen Muar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Muda; calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif; dan calon Perikatan Nasional (PN) Abdullah Husin.

Ahad lepas, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, sebanyak 130 laporan polis diterima berhubung kempen PRU15 di Johor merangkumi pelbagai kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.