
Jentera BN turut membuat tinjauan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung bantuan yang diperlukan mangsa banjir terbabit.
“Kami datang nak tengok apa lagi bantuan yang mangsa perlukan, kita senaraikan dan kami akan cuba dapatkan untuk mereka dan hantar ke sini,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, hujan lebat berterusan mengakibatkan tiga kampung di Changkat Jong, di sini, dinaiki air menyebabkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan.
Sementara itu, laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS bertambah malam ini.
Setakat ini, 137 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di SMK Abdul Rahman Talib BT4 dan Dewan Serbaguna Kg Padang Tembak.