Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian itu dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut setakat ini.

Polis berkata menurut saksi, seluruh bangunan itu kosong ketika kejadian kerana semua pelajar sedang menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan sekolah di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.30 pagi tadi.

Katanya, ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung kejadian itu melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati bangunan sekolah itu mempunyai empat tingkat, dengan bahagian bawah ialah perpustakaan, tingkat dua dan empat kosong, manakala tingkat tiga ialah kelas bagi pelajar Tingkatan 6.

Katanya, menurut saksi, seluruh bangunan itu kosong ketika kejadian kerana semua pelajar sedang menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas.

“Namun, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.