16 stesen LRT ditutup seminggu

16 stesen LRT ditutup seminggu

Pengguna disaran menggunakan alternatif lain sepanjang tempoh tersebut.

Rapid Rail berkata stesen lain akan beroperasi seperti biasa dan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan pihaknya menggantung operasi 16 stesen LRT melibatkan laluan Kelana Jaya selama seminggu bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan, Rapid Rail memberitahu, stesen LRT yang digantung operasi ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

“Pengguna dinasihatkan dinasihatkan untuk menggunakan alternatif lain pada tempoh tersebut.

“Namun, stesen lain akan beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam,” kata kenyataan itu.

Rapid Rail berkata, penumpang disarankan untuk menaiki bas perantara percuma yang disediakan antaranya LRT Ara Damansara-Pasar Seni, LRT Ara Damansara-Kelana Jaya, LRT Kelana Jaya-Pasar Seni, Masjid Jamek-Pasar Seni, LRT Dato Keramat-Masjid Jamek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.