Perkhidmatan tergendala, penumpang LRT terperangkap sejam

Perkhidmatan tergendala, penumpang LRT terperangkap sejam

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, sistem pemanduan automatik mengalami masalah sekitar jam 8.39 malam, yang mengakibatkan perkhidmatan tergendala antara stesen Kelana Jaya dan KLCC.

Seorang penumpang LRT berkata polis bantuan membantu meredakan penumpang yang tidak berpuas hati selepas perkhidmatan rel tergendala. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Penumpang LRT laluan Kelana Jaya mengadu terperangkap selama sejam selepas perkhidmatan itu tergendala dalam kejadian ketiga yang berlaku hari ini.

Pengendalinya Rapid Rail Sdn Bhd berkata di Twitter, sistem pemanduan automatik mengalami masalah sekitar jam 8.39 malam, yang mengakibatkan perkhidmatan tergendala antara stesen Kelana Jaya dan KLCC.

Seorang penumpang berkata di Twitter mereka “terperangkap dalam LRT” selama sejam tanpa sebarang permohonan maaf atau penjelasan.

Seorang lagi pula mendakwa semua orang di dalam kereta api itu kini menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab sebagai alternatif.

Rapid Rail menangguhkan perkhidmatannya selama 30 minit petang tadi, dan menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa penumpang dari Pasar Seni, Damai dan Ara Damansara.

Gangguan itu berlaku dua jam selepas Rapid Rail melaporkan masalah teknikal antara stesen KLCC dan Ampang Park kira-kira jam 11.30 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.