Kenapa Khalid tidak selesaikan isu Kampung Baru, kata Johari

Kenapa Khalid tidak selesaikan isu Kampung Baru, kata Johari

Calon BN Titiwangsa itu berkata Khalid Samad sepatutnya cuba untuk selesaikan menyelesaikan isu ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan.

Johari Abdul Ghani berkata Khalid Samad tidak seharusnya menyalahkan mereka yang bukan sebahagian daripada kerajaan mahupun Ahli Parlimen pada 2018 dan 2019.
PETALING JAYA:
Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dibidas kerana tidak menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Baru di Kampung Baru, semasa memegang jawatan berkenaan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani berkata, Khalid cuba menyalahkan orang lain walaupun boleh melakukan sesuatu mengenainya, dalam tempoh 22 bulan beliau menjadi menteri.

Khalid sebelum ini membidas Johari, mendakwa beliau tidak mempertahankan hak pemilik yang tanah mereka dirampas bawah Akta Pengambilan Tanah, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Khalid juga bertanding di Parlimen Titiwangsa pada PRU15.

“Bukannya saya tidak membela penduduk (seperti yang didakwa Khalid) tetapi saya tidak ada kuasa kerana saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu,” katanya, menurut laporan New Straits Times.

“Kalau setakat bercakap, saya pun boleh bercakap. Tetapi beliau (Khalid) menteri Wilayah Persekutuan selama 22 bulan dan juga seorang Ahli Parlimen ketika itu. Mengapa dia tidak cuba selesaikan perkara ini jika dia rasa syarat pemaju tidak adil kepada penduduk?”

Johari berkata Khalid tidak seharusnya menyalahkan orang yang bukan sebahagian daripada kerajaan mahupun Ahli Parlimen pada 2018 dan 2019.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan projek pembangunan semula itu apabila ia dibentangkan kepada beliau, ketika menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa sebelum PRU 2018.

Isu itu timbul semula selepas PRU dan 89% penduduk bersetuju dengan projek itu manakala hanya 11% membantah.

Mereka yang bersetuju dengan pembangunan semula dilaporkan diberi rumah sementara dan dijanjikan akan dapat kembali ke kawasan berkenaan dalam tempoh lima tahun, namun terdapat kelewatan.

Johari berkata sudah hampir lima tahun penduduk berpindah.

“Saya khuatir mereka akan berdepan nasib sama seperti penduduk Flat Pekeliling, yang sudah 14 tahun menunggu rumah mereka disiapkan. Saya mahu selesaikan perkara ini sekiranya saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.