
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor meminta orang ramai terutama semua penyokong parti politik di Sabah supaya tidak beremosi dan kekal tenang susulan insiden kekecohan di pusat penamaan calon bagi Parlimen Tenom.
Hajiji mengutuk kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk, yang mengganggu ketenteraman awam semasa PRU15 berlangsung.
“Saya juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu tular di media sosial video kekecohan di luar Dewan DSB Antanom apabila sekumpulan individu membuat rusuhan sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.