Penamaan calon ditutup, kempen bermula

Penamaan calon ditutup, kempen bermula

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media tengah hari ini bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN serta turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil DUN Bugaya, Sabah.
PUTRAJAYA:
Proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 Nov nanti.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media pada 12 tengah hari ini di Menara SPR, di sini, bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.