
“Contohnya, kita ada perancangan membangunkan rangkaian lebuh raya yang kemudahannya dijangka dapat memenuhi keperluan trafik masa akan datang.
“Satu lagi rancangan yang dekat di hati saya ialah pengenalan sistem kutipan tol tanpa henti banyak lorong di lebuh raya yang akan memansuhkan keperluan adanya pondok tol,” katanya.
Beliau juga mempunyai perancangan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam di Petra Jaya, di mana beliau berharap untuk dipilih semula menjadi Ahli Parlimen sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau telah mewakili kawasan tersebut sejak 2004.
Katanya pembangunan jalan raya didapati tidak seiring dengan pertambahan kenderaan, yang disifatkannya berlaku susulan keadaan ekonomi rakyat yang lebih baik.
Selain memperbaiki sistem pengangkutan awam menerusi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan di kawasannya, beliau juga mahu meneroka teknologi yang lebih baik untuk menguruskan lalu lintas bagi mengurangkan kesesakan.
Pengurangan kesesakan akan membawa kepada kurangnya pencemaran dan jumlah pengguna jalan raya yang “tertekan di atas jalan raya”, katanya.
“Kesesakan lalu lintas menjejaskan kualiti hidup rakyat kerana terperangkap dalam lalu lintas boleh memberi tekanan,” katanya.
“Tekanan akan menjejaskan kesihatan dan mengurangkan produktiviti, jadi perkara ini antara yang perlu kita teliti.
Beliau berkata, sistem pengangkutan harus lebih cekap dan berpatutan supaya lebih ramai orang akan menggunakannya.