
Kerap digelar “Gen Z”, kumpulan ini merangkumi enam juta, atau 28% daripada pengundi layak.
Walaupun lebih dikenali kerana kandungan berasaskan hiburan, TikTok juga pantas telah menjadi platform pilihan untuk mencapai pengguna golongan muda.
Seiring selebriti terkenal seperti Madonna dan Ronaldo, kini individu seperti Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli turut menggunakan platform itu bagi mencapai bilangan pengikut yang ramai. Malah jika dilihat pada jutaan kali kandungan mereka ditonton, kemungkinan besar mesej mereka mencapai sasarannya.
Walaupun semua kandungan media sosial mudah diakses dan dikongsikan, Toff Rada, ketua dasar awam ByteDance di Malaysia berkata, “peluang untuk… mengubah atau menyebarkan salah maklumat masih satu ancaman yang wajar”.
ByteDance adalah syarikat berpangkalan di China di sebalik TikTok.
TikTok secara proaktif juga berusaha menguruskan dan mengurangkan penyebaran maklumat salah menerusi kempen terbaru #BeliSediaUndi, yang memfokuskan pengundi muda dan baharu. Ini dilakukan dengan menyediakan alat diperlukan bagi mengakses maklumat tepat sambil menguruskan dan mengurangkan penyebaran maklumat yang salah.
Aira Azhari, pengurus kanan di unit demokrasi dan tadbir urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, TikTok merupakan kaedah untuk menyalur semangat golongan muda demi menggalakkan mereka supaya mengundi.
Amir Fareed Rahim, pengarah strategik di KRA Group pula berkata, sebilangan besar pengundi muda “atas pagar” amat mementingkan kewibawaan dan alam sekitar. Susulan itu, mesej-mesej sekitar isu berkenaan pasti menarik mereka, katanya.
Menurutnya TikTok membolehkan mesej ringkas namun bermakna dapat dipadatkan dalam klip video singkat, dan terbukti berkesan mencapai pengundi muda yang bimbangkan isu pendidikan serta pekerjaan, selain memenuhi keperluan mereka untuk mencari calon terbaik.