PSM tanding 2 kerusi, elak bertembung PH

PSM tanding 2 kerusi, elak bertembung PH

Timbalan Pengerusinya, S Arutchelvan berkata, PSM tidak akan meletakkan calon di kerusi yang disandang PH.

KUALA LUMPUR:
Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding masing-masing satu kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-15.

Timbalan Pengerusinya, S Arutchelvan berkata, parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang disandang Pakatan Harapan.

Calon parti itu ialah S Tinagaran (Rembau) dan K S Bawani (Ayer Kuning).

Tinagaran merupakan setiausaha PSM Negeri Sembilan, manakala Bawani selaku ketua PSM Perak.

KS Bawani (kiri) dan S Tinagaran bergambar bersama selepas mereka diumumkan sebagai calon PSM bagi PRU15.

Arutchelval berkata, sebagai parti sosialis, PSM mempunyai tawaran berbeza berbanding parti lain.

“Semua calon kami ialah aktivis dan calon kami akan membawa suara akar umbi.”

Katanya, PSM tidak akan menjalin pakatan pilihan raya dengan mana-mana gabungan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.