PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen

PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen

PAS yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri ditadbirnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu selain mempunyai potensi menang kerusi di Pahang dan Perlis.

Pada PRU14 PAS menang 18 kerusi Parlimen. (Gambar Bernama)
ARAU:
PAS menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau, malam tadi.

Beliau berkata, parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis.

Hadi yang juga timbalan pengerusi PN berkata gabungan itu selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan Pengerusi PN Muhyiddin Yasin.

Pada PRU14, PAS menang 18 kerusi Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.