PRU15: Tapah akan ditandingi PKR, pengerusi Muda Perak mohon maaf

PRU15: Tapah akan ditandingi PKR, pengerusi Muda Perak mohon maaf

Mutalib Uthman memaklumkan beliau sebaliknya akan bertanding di kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri lain.

Pengerusi Muda Perak Mutalib Uthman sebelum ini membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada PRU15.
PETALING JAYA:
Pengerusi Muda Perak Mutalib Uthman mengesahkan kerusi Parlimen Tapah akan ditandingi PKR pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut mengakui kesalahannya dan memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa beliau akan bertanding di kerusi itu.

“Mengaku salah dan mohon maaf, petanda jiwa yang berani,” kata Mutalib menerusi catatan di Facebook.

“Berani mengubah kesalahan ke arah kebaikan adalah langkah awal menuju kejayaan.

Semalam, Mutalib membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah.

Bagaimanapun, kenyataan itu segera dinafikan kepimpinan Muda yang menyatakan parti itu komited untuk mengelakkan sebarang pertembungan dengan PH.

Ketua Penerangan Muda Luqman Long berkata, sebarang pengumuman mengenai calon parti hanya akan dibuat pengarah pilihan rayanya, Amira Aisya Abd Aziz.

Sementara itu, Mutalib berkata, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Saya akan bertanding di kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri yang lain,” katanya.

“Ini selaras dengan perjuangan Muda dalam PRU15 ini, bertanding di kerusi luar bandar dan ‘Muda lawan menteri’.”

Parlimen Tapah ialah kerusi luar bandar kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang kini disandang bekas menteri sumber manusia, M Saravanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.