Perkeso cabar keputusan ‘perjalanan ke tempat kerja’ pada hujung minggu

Perkeso cabar keputusan ‘perjalanan ke tempat kerja’ pada hujung minggu

Pertubuhan itu berhujah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dibuat berdasarkan persoalan negatif undang-undang.

Mahkamah Rayuan memutuskan bulan lepas bahawa seorang juruteknik layak mendapat pampasan Perkeso bagi kecederaan yang dialaminya semasa dalam perjalanan pada hujung minggu untuk pulang bekerja.
PETALING JAYA:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memohon kebenaran di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pekerja yang membuat perjalanan dari kampung halaman ke tempat kerja selepas cuti hujung minggu dianggap membuat “perjalanan ke tempat kerja”.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh seorang juruteknik, N Sathiaseelan, dalam kemalangan pada Ahad, semasa dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya, ialah suatu kecederaan pekerjaan walaupun pada hari itu beliau tidak bekerja.

Perkeso meminta jawapan daripada Mahkamah Persekutuan mengenai:

  • Sama ada keputusan Lembaga Rayuan Keselamatan Sosial diiktiraf sebagai sama dengan keputusan mahkamah bawahan; dan
  • Sama ada kecederaan yang dialami akibat kemalangan yang dihadapi oleh pencarum semasa pulang ke kediaman mereka sebelum memulakan kerja, atau semasa dalam perjalanan pada hujung minggu, boleh dianggap sebagai kecederaan pekerjaan.

Perkeso berhujah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat berdasarkan persoalan negatif undang-undang.

Bagaimanapun, peguam Sathiaseelan, T Manoharan, berkata mahkamah telah memutuskan bahawa Akta Perkeso harus ditafsirkan secara meluas dan bebas dalam konteks tanggungjawab sosial korporat, membolehkan pekerja membuat perjalanan ke tempat kerja pada hujung minggu dari kampung halaman.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan sepatutnya menjadi mahkamah terakhir untuk menentukan sebarang rayuan daripada lembaga Perkeso.

Perkeso bagaimanapun meminta penjelasan daripada Mahkamah Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.