
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.
“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini,” katanya.
Sanusi berkata kakitangan awam negeri juga terlibat dalam menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di Kedah.
Sementara itu, beliau berkata, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.
“Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000,” katanya.