Kementerian Wilayah Persekutuan terus sokong kebun komuniti di PPR

Kementerian Wilayah Persekutuan terus sokong kebun komuniti di PPR

Kementerian Wilayah Persekutuan menyerahkan bantuan 1,200 kit penanaman cendawan tiram bagi mempelbagaikan tanaman di kebun komuniti PPR Raya Permai.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Rosida Jaafar memetik cendawan tiram yang ditanam penduduk.
KUALA LUMPUR:
Selama beberapa tahun, penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai menikmati kira-kira 1,000 jenis herba, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di kebun komuniti mereka.

Hari ini, kebun organik seluas 1.6ha itu menerima 1,200 kit penanaman cendawan untuk mempelbagaikan lagi jenis tanaman penduduk.

Kit penanaman cendawan tiram kelabu dibekalkan Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi program Titipan Kasih Wilayah Persekutuan Hijau.

Program ini sebahagian daripada inisiatif Agenda Tempatan 21 (LA21) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyokong kebun komuniti di bandar.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Rosida Jaafar yang menyampaikan kit penanaman cendawan kepada penduduk berkata, beliau gembira melihat penduduk pelbagai peringkat umur terbabit secara aktif dalam menjaga kebun komuniti itu.

“Seperti yang kita dapat lihat, ramai penduduk di sini adalah warga emas, jadi generasi muda akan memastikan kesinambungan kebun ini.”

Selain membekalkan udara segar kepada penduduk, katanya, kebun ini juga membantu meringankan kos sara hidup penduduk yang menuai sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Kami akan terus menyokong kebun komuniti ini kerana ia selaras inisiatif Kuala Lumpur bandar bebas karbon.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.