
“Secara rasmi belum ada, tetapi antara wakil-wakil mungkin ada, risik-merisik itu biasa dalam politik buat masa ini. Pihak atasan belum buat keputusan sama ada perbincangan ini boleh dijalankan secara rasmi,” katanya selepas menghadiri pelancaran duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Jubli Emas Jabatan Sukarelawan (Rela) ke-50 pada Selasa.
Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi GTA, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.
Beliau berkata, pihaknya terbuka untuk bergabung, sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).
Mengenai permohonan penubuhan GTA yang dikatakan tidak diluluskan, Hamzah berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.