PRU15: Shafie masih berteka-teki pertahan Parlimen Semporna

PRU15: Shafie masih berteka-teki pertahan Parlimen Semporna

Presiden Warisan itu berkata, masih banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan untuk bertanding di kawasan itu.

Pada PRU14, Shafie Apdal mempertahankan Parlimen Semporna setelah memperoleh majoriti 20,674 undi.
KOTA KINABALU:
Presiden Warisan Shafie Apdal masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, masih banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sejak PRU9 pada 1995 ketika bersama Umno, dan PRU14 pada 2018 bersama Warisan.

“Saya belum pasti lagi (pertahan Semporna), saya belum buat keputusan. Kita lihat apabila tiba masanya, saya perlu meneliti perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera PRU15 Warisan Parlimen Putatan di sini malam tadi.

Pada PRU14, Shafie mempertahankan Parlimen Semporna setelah memperoleh majoriti 20,674 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.