2 rentung kemalangan di Kulai

2 rentung kemalangan di Kulai

Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai suami mangsa meraung kesedihan meratapi pemergian isterinya yang terbabit kemalangan sambil ditenangkan pengguna jalan raya.

Tangkap layar video tular kemalangan menyebabkan seorang wanita rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kemalangan di Kulai malam tadi.
PETALING JAYA:
Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Sedenak, Kulai.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam mangsa, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dikatakan tersepit manakala suaminya dapat keluar dari kereta, lapor RTM.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan belum dapat dikenal pasti.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, berkata dua lagi lelaki dalam lori dan sebuah lagi kereta terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai suami mangsa meraung kesedihan meratapi pemergian isterinya yang terbabit dalam kemalangan itu sambil ditenangkan beberapa pengguna jalan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.