Kes harian Covid-19 kembali melepasi paras 2,000

Kes harian Covid-19 kembali melepasi paras 2,000

Kes-kes baharu terdiri daripada 2,086 penularan tempatan dan empat kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,861,226 kes, dengan 36,410 kematian.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 naik kembali melepasi paras 2,000 apabila sebanyak 2,090 kes dicatatkan berbanding 1,628 kes semalam, dengan tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW yang dikemaskini setakat 7.30 pagi ini, kes-kes baharu itu terdiri daripada 2,086 penularan tempatan dan empat kes import.

Angka ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,861,226 kes, dengan 36,410 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 22,804 kes masih aktif, termasuk 33 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 916 orang atau 4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,428 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.