
Katanya, sebaik sahaja bajet negeri lulus, beliau pada bila-bila masa akan membubarkan DUN.
“Cuma saya boleh katakan Insya Allah dalam masa terdekat ini. Kita mahu luluskan dahulu bajet yang dibentangkan dalam sidang dewan. Itu penting untuk rakyat supaya kerajaan boleh membelanjakan untuk negeri dan kepada rakyat.
“Kalau tidak penjawat awam pun tidak akan dapat sebulan setengah bonus. Lulus sahaja bajet ini, anytime (bila-bila masa) kita bubar,” katanya menurut Kosmo.
Pahang mempunyai 42 DUN dengan 25 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (9) dan PAS (8).
Sebelum ini, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, kesemua DUN di bawah pentadbiran parti itu dibubarkan susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).