Warisan tanding semua kerusi di Sabah, Labuan

Warisan tanding semua kerusi di Sabah, Labuan

Shafie Apdal berkata, partinya juga sudah mengenal pasti beberapa negeri di Semenanjung yang akan mereka tandingi, termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, partinya akan menampilkan beberapa calon muka baharu sambil mengekalkan beberapa calon lama.
KOTA KINABALU:
Presiden Warisan Shafie Apdal mengesahkan parti itu akan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan satu kerusi di Labuan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, Warisan juga sudah mengenal pasti beberapa negeri di Semenanjung yang akan mereka tandingi, termasuk Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor, Johor, Perak, dan Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya turut telah mengenal pasti calon yang akan bertanding dan senarainya bakal diumumkan dalam masa terdekat.

“Kemungkinan besar kita akan bertanding semua kerusi Parlimen di Sabah sekiranya tiada halangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Warisan di sini hari ini.

Sebelum ini, Warisan pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), namun parti itu memutuskan untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Warisan juga sebelum ini telah “memutuskan hubungan” dengan Pakatan Harapan (PH) dan ini bermaksud, mereka akan bergerak solo pada PRU15.

Shafie berkata, parti itu akan menampilkan beberapa calon muka baharu sambil mengekalkan beberapa calon lama.

“Apa yang penting calon yang bertanding boleh menang, tidak semestinya ketua bahagian yang akan bertanding. Sekiranya tidak dicalonkan, janganlah boikot dan kecewa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.