Hidu gam ketika memandu, pasangan baru sebulan kahwin disiasat polis

Hidu gam ketika memandu, pasangan baru sebulan kahwin disiasat polis

Pasangan itu ditahan susulan satu video tular memaparkan mereka menghidu gam ketika memandu kereta bersama anak perempuan berusia 4 tahun.

Satu video tular memaparkan pasangan berkenaan menghidu gam ketika memandu kereta di Melaka. 
MELAKA:
Gara-gara leka menghidu gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, pasangan itu ditahan susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan mereka menghidu gam ketika memandu kereta pada 4 petang 7 Okt lepas.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu turut berada dalam kereta itu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.