Lelaki warga asing disyaki bunuh teman wanita

Lelaki warga asing disyaki bunuh teman wanita

Mangsa warga tempatan berusia 36 tahun ditemui terbaring di bilik hotel dengan kesan jerutan pada leher.

Suspek warga asing berusia 27 tahun ditangkap kerana disyaki membunuh kekasihnya. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki warga asing ditahan semalam kerana dipercayai membunuh kekasihnya wanita warga tempatan di sebuah hotel di Bukit Bintang pada Khamis lepas.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sekitar Sentul pada 7.25 petang.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat seorang wanita berusia 36 tahun dijumpai terbaring di atas lantai dan telah meninggal dunia dalam sebuah bilik di hotel tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher perempuan warga tempatan tersebut akibat dijerut menggunakan tali yang turut ditemukan di lokasi kejadian.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, semakan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah namun salinan pasport yang dikemukakan telah tamat tempoh.

Katanya lelaki itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.