Wujud pandangan berbeza dalam laporan berkait semakan RUU GEG

Wujud pandangan berbeza dalam laporan berkait semakan RUU GEG

Ahli Parlimen, Dr Kelvin Yii mencadangkan Seksyen 17 dikenali sebagai RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Seksyen 17 RUU GEG yang dicadangkan akan menjadikan satu kesalahan bagi penggunaan produk tembakau dan vape oleh mereka yang lahir selepas 2007.
PETALING JAYA:
Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) dijadualkan dibentang hari ini namun persoalan masih berlarutan mengenai rancangan itu seperti ditunjukkan menerusi pandangan berbeza dalam kalangan Ahli Parlimen yang menyemak RUU itu.

Pandangan ini termasuk cadangan untuk mengecualikan pengguna akhir yang lahir selepas 2007 daripada dikenakan tindakan kerana menggunakan produk tembakau dan vape.

Terdapat juga seruan bagi undang-undang berasingan untuk vape, yang menjadi perbincangan bagi kalangan pemain vape dan beberapa pakar kesihatan.

Salah seorang Ahli Parlimen yang bercakap kepada FMT, Dr Kelvin Yii, berkata beliau mencadangkan Seksyen 17 RUU itu, secara rasmi dikenali sebagai RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Katanya, Seksyen 17 akan menjadikan satu kesalahan bagi penggunaan produk tembakau dan vape oleh mereka yang lahir selepas 2007.

“Pada asasnya, ini mencerminkan undang-undang digunakan di New Zealand (GEG) di mana tumpuan lebih kepada pembekal dan penjual berbanding pengguna akhir.”

Rasionalnya, katanya, adalah tidak produktif untuk menghentikan orang ramai daripada merokok kerana ia boleh menyebabkan perokok mencari cara untuk memintas undang-undang.

“Tetapi konsensus jawatankuasa adalah bahawa mereka masih mahukan beberapa bentuk pencegahan buat pengguna.”

Yii berkata, jawatankuasa itu bagaimanapun bersetuju untuk menghapuskan semua unsur jenayah dan kuasa penguatkuasaan di bawah Seksyen 17, dan hanya menjadikan penggunaan tembakau dan produk vape sebagai kesalahan.

“Setidak-tidaknya mereka boleh dikompaun, sekiranya mereka tidak mampu membayar, khidmat masyarakat boleh digunakan dan bukannya hukuman penjara atau rekod jenayah.”

Yii juga berkata terdapat “keperluan mendesak” untuk mengawal selia vape tetapi mengakui bahawa ia akan mengambil masa untuk merangka undang-undang baharu.

“Buat masa ini, kami bersetuju tidak perlu ada undang-undang berasingan. Tetapi semakan mandatori mengambil masa dua tahun, dan salah satu (perkara untuk) semakan adalah sama ada terdapat keperluan untuk undang-undang yang berbeza.”

Pemain industri vape dan beberapa pakar kesihatan menggesa undang-undang berasingan untuk merokok dan vape, dengan alasan ia alternatif mengurangkan kemudaratan dan mengurangkan bahaya kepada kepada perokok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.