RUU GEG dibentang Khamis ini, kata KJ

RUU GEG dibentang Khamis ini, kata KJ

Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen telah meluluskan pindaan yang dibuat terhadap RUU itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

RUU Generasi Penamat bertujuan mengharamkan penggunaan, pemilikan dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.
PETALING JAYA:
Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) akan dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau memberitahu pada sidang media, Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen yang ditugaskan untuk meneliti RUU itu telah meluluskan pindaan dibuat kepada perundangan itu, membuka jalan untuk dibentangkan pada Khamis.

“Memandangkan ia telah diluluskan di peringkat PSC, kami berharap mereka berada dalam jawatankuasa itu akan memaklumkan pada ahli parti masing-masing bahawa semua kebimbangan berkaitan RUU itu telah ditangani,” katanya.

Khairy juga meramalkan RUU itu akan diluluskan oleh Dewan Rakyat sama ada pada Khamis atau selepas Bajet 2023 dibentangkan.

“Seperti RUU lain yang tidak dibawa ke Dewan Negara jika Parlimen dibubarkan, ia juga perlu dibentangkan semula oleh kerajaan baharu,” katanya.

RUU Generasi Penamat bertujuan untuk mengharamkan penggunaan, pemilikan dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, aplikasi MySejahtera kini menjadi aplikasi pengurusan kesihatan awam sebagai sebahagian daripada rancangan negara untuk pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Katanya, beberapa ciri bukan berkaitan Covid-19 seperti pendaftaran menderma organ dan kad menderma darah akan ditambah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.