Terima habuan RM20,000, SPRM tahan bekas ketua gudang

Terima habuan RM20,000, SPRM tahan bekas ketua gudang

Suspek didakwa menerima RM20,000 sebagai habuan mendapatkan projek untuk sebuah syarikat.

SPRM berkata suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai ketua gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021.
PETALING JAYA:
Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima habuan lebih RM20,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan tenaga kerja bernilai RM5 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor, pada 6 petang hari ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai ketua gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.