Covid-19: Jangkitan harian turun kepada 1,867 kes, 4 kematian

Covid-19: Jangkitan harian turun kepada 1,867 kes, 4 kematian

Kes-kes baharu terdiri daripada 1,863 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,838,872 kes, dengan 36,369 kematian.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,867 kes semalam berbanding 2,445 kes kelmarin, dengan empat kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes-kes baharu terdiri daripada 1,863 penularan tempatan dan empat kes import.

Dengan ini, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,838,872 kes, dengan 36,369 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,174 kes masih aktif, termasuk 43 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 24 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif, 95.6% atau 24,071 pesakit menjalani kuarantin di rumah, sementara 1,060 orang atau 4.2% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,402 pesakit dilaporkan sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah sebanyak 7,081, dengan 14 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.