Kereta jatuh dalam lubang selepas langgar penghadang

Kereta jatuh dalam lubang selepas langgar penghadang

Dalam nahas 7.30 pagi tadi pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan menyebabkan kereta itu jatuh ke dalam lubang yang digali bagi tujuan pembaikan kabel bawah tanah (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah kereta Toyota Vios terperosok dalam lubang yang digali selepas melanggar penghadang di Jalan AU3 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata nahas berlaku pada 7.30 pagi itu menyebabkan kenderaan itu terbalik dalam lubang yang digali bagi tujuan kerja pembaikan kabel bawah tanah.

Ashari berkata, pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan, manakala kereta dialih dan ditunda.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan HS Lee di talian 03 2071 9999 atau Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Kuala Lumpur di talian 03 2026 0267/69.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.