Anwar mahu tanding di kerusi ‘pengkhianat’, mungkin di Gombak

Anwar mahu tanding di kerusi ‘pengkhianat’, mungkin di Gombak

Presiden PKR itu berkata beliau perlu memilih kawasan pengkhianat untuk memberi mesej pengkhianatan tidak boleh dimaafkan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, walaupun tiada kata putus berhubung kerusi yang akan ditandingi yang disandang ‘pengkhianat’, namun ketua pembangkang itu tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak, yang disandang Azmin Ali.
PETALING JAYA:
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang disandang bekas timbalannya, Azmin Ali.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa kerusi lain, bagaimanapun keputusan muktamad belum lagi diputuskan.

“Sejujurnya, saya belum buat keputusan lagi kawasan mana, cuma (lihat) kawasan yang boleh bagi kelebihan.

“Gombak tak semestinya, tapi tidak tolak kemungkinan,” katanya dalam sesi sembang kencang anjuran Kelab Wartawan KLS di Hotel Hilton.

Anwar berkata demikian ketika ditanya kerusi yang akan ditandinginya pada PRU15.

Tambahnya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi “pengkhianat”.

Menurutnya, kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.

“Saya perlu memilih kawasan pengkhianat saya perlu beri mesej bahawa pengkhianatan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Sebelum ini, Azmin yang bertanding atas tiket PKR pada PRU14, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.

Turut mengikut jejak Azmin ialah bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Oktober 2018, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, dalam pertembungan enam penjuru.

Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.