
Sahruddin yang juga bekas menteri besar berkata, PN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya itu pada bila-bila masa.
“Senarai nama calon-calon akan diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan peringkat pusat,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata.
Sementara itu, Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata parti itu juga menyasarkan untuk bertanding di lima hingga 10 kerusi pada PRN tersebut.
Adun Puteri Wangsa itu berkata partinya tidak hanya akan mensasarkan kerusi campuran atau kawasan bandar sahaja tetapi juga kawasan luar bandar.
Katanya, antara kerusi itu termasuklah Puteri Wangsa, Larkin, Johor Bahru, Bukit Permai, Machap dan Tenang.
Pada PRN Johor ke-15, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri apabila menang 40 daripada 56 DUN.
Pakatan Harapan (PH) pula menang 12 kerusi, dengan 10 dimenangi DAP, selain PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang tiga, manakala Muda satu.
DUN Melaka dijangka terbubar secara automatik pada 27 Dis ini, manakala Johor pada 21 April tahun depan, dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
Bagaimanapun, terdapat khabar angin dan gesaan supaya PRN Melaka dan Johor diadakan serentak.