
Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44, dengan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Siasatan awal mendapati konkrit simen setinggi 2.4m runtuh dan menghempap semua mangsa yang sedang membuat longkang di sebelah konkrit tersebut,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota serta Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.