
Chong berkata, masa Muhyiddin mengisytiharkannya “tidak munasabah” kerana Putrajaya sedang mendesak pemulihan ekonomi berikutan pembukaan semula sempadan negara.
“MCA dan BN tidak akan gentar dengan cabaran PN ini. Kita sudah lama bersedia untuk menghadapi mana-mana parti atau kem politik,” katanya.
Chong berkata, hubungan antara BN dan PN berbentuk konfrontasi dan persaingan walaupun seawal pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.
“Walaupun begitu, BN berjaya memenangi mandat pengundi,” katanya.
Chong berkata, BN dan MCA sudah lama menjangkakan mereka akan menghadapi serangan dua penjuru daripada PH dan PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tambahnya, akar umbi dan jentera kempen bersedia untuk berdepan serangan daripada mana-mana pihak lawan.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, BN adalah musuh utama PN pada PRU15 dan PN tidak perlu takut untuk bertembung dengan gabungan itu.