Muda tidak bawa nilai kepada PH, kata pemimpin PKR

Muda tidak bawa nilai kepada PH, kata pemimpin PKR

William Leong berkata, setiap komponen PH membawa nilai masing-masing, terutamanya dalam rundingan kerusi.

Bendahari Agung PKR William Leong, yang juga Ahli Parlimen Selayang, berkata sekarang bukan masanya untuk akar umbi menjadi lemah semangat.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PKR berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan Harapan (PH) menerima Muda dan ahli PH perlu memberi laluan kepada parti baharu itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

William Leong berkata, sukar untuk meyakinkan akar umbi, yang telah bekerja tanpa lelah di lapangan, untuk menyerahkan kawasan pilihan raya kepada Muda.

“Akar umbi telah bekerja sejak hari kami ditubuhkan dan mereka boleh dikatakan telah membina asas (kami),” kata bendahari parti itu kepada FMT dalam satu wawancara.

“Sangat sukar untuk meyakinkan akar umbi saya untuk menyerahkan hasil usaha mereka dan melihat orang lain menuai hasilnya.”

Dengan PRU semakin hampir, Leong berkata, ini bukan masanya untuk akar umbi menjadi lemah semangat.

Leong berkata, gabungan itu serupa dengan suatu usaha sama, dengan setiap komponen membawa nilai masing-masing, terutamanya dalam rundingan kerusi.

Untuk sebuah parti mendapatkan kerusi, Ahli Parlimen Selayang itu berkata, ada parti lain yang terpaksa melepaskannya.

“Persoalan yang perlu dijawab adalah apa nilai yang boleh ditambah Muda jika mereka mahu menuntut untuk bertanding di kawasan yang sebelum ini dimenangi parti komponen lain?”

Merujuk kepada keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor, Leong berhujah bahawa Muda tidak akan membawa sebarang nilai yang signifikan.

Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menerima Muda, sebuah parti berasaskan belia, sedangkan setiap komponen PH mempunyai sayap belia masing-masing.

“Mengapa mahu tambah sesakkan lapangan?”

PH telah membentuk jawatankuasa untuk mengadakan perbincangan dengan Muda mengenai permohonannya menyertai gabungan itu. Parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu memohon untuk menyertai PH awal bulan ini.

DAP dan rakan komponennya, PKR bercanggah pendapat tentang sama ada hendak menerima Muda masuk ke dalam gabungan itu atau tidak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.