Laporan perubatan Najib sudah lengkap, sedia serah kepada mahkamah, kata KP kesihatan

Laporan perubatan Najib sudah lengkap, sedia serah kepada mahkamah, kata KP kesihatan

Siasatan klinikal, rawatan dan pemantauan terhadap Najib Razak selesai dilakukan selepas dia dimasukkan ke hospital sejak Isnin.

Kementerian Kesihatan (KKM) bertanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012), menurut Dr Noor Hisham Abdullah.
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan klinikal, rawatan dan pemantauan terhadap Najib Razak telah selesai dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah sekiranya perlu.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) bertanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah (sekiranya diarahkan mahkamah),” katanya di Facebook.

Jabatan Penjara semalam memaklumkan bekas perdana menteri itu dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjut sejak Isnin lalu berdasarkan rujukan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jelasnya, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik saja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli membangkitkan isu berkait lokasi Najib ketika ini yang didakwanya seakan mendapat akses ke dunia luar.

Sejak beberapa hari lalu tular dakwaan layanan istimewa diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan nama kod merpati – di media sosial.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya berkait kes dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.