9 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

9 negeri terima amaran cuaca buruk pagi ini

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk sembilan negeri sehingga 9.00 pagi.

Beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu menerima amaran cuaca buruk pagi ini.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan sembilan negeri sehingga 9.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu, di Kedah, ia melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Beberapa kawasan di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak turut menerima amaran sama.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Negeri Sembilan pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.