Thomas buat dakwaan, kenapa serang DAP, Zaid disoal

Thomas buat dakwaan, kenapa serang DAP, Zaid disoal

Beberapa pemimpin DAP mempersoalkan kenyataan bekas menteri itu yang mempersoalkan pemimpin Melayu dalam parti berkenaan.

Terdahulu Zaid Ibrahim mempersoalkan ciri Melayu yang dimahukan DAP serta mempersoalkan sama ada pemimpin Melayu dalam parti itu dipergunakan semata-mata.
PETALING JAYA:
Beberapa pemimpin DAP mempersoal tindakan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim yang menyerang parti itu susulan kenyataan Tommy Thomas yang mahu pembangkang mewujudkan persoalan kepada pengundi sama ada mempunyai “kerajaan Melayu” yang menjadikan negara ini lebih baik dan cekap.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Thomas mendakwa, punca Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ke-7 kerana beranggapan kerajaan diterajuinya tidak “cukup Melayu”. Dua setengah tahun kemudian, Kabinet didominasi orang Melayu dengan bukan Melayu diketepikan.

Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong, berkata beliau pelik mengapa Zaid mengaitkan DAP ketika mempersoalkan kenyataan bekas peguam negara itu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut menjawab persoalan dikemukakan Zaid melibatkan ciri Melayu yang dimahukan oleh DAP.

“DAP nak Melayu yang amanah, adil, dan jaga rakyat bukan yang curi wang rakyat.

“Kita nak Cina macam tu, India macam tu, tak kira kaum dan agama,” katanya ketika dihubungi FMT.

Hujah Sim turut dikongsi beberapa pemimpin DAP Pusat yang lain.

Sheikh Umar Bagharib, salah seorang pemimpin Melayu CEC DAP berkata, partinya mahukan Melayu yang baik, amanah, berintegriti dan adil.

“…DAP nak Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain memiliki sifat sama,” katanya.

Penolong Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Khoo Poay Tiong, berkata parti itu sentiasa memberikan peluang kepada pemimpin Melayu untuk ke hadapan bagi menjawab dakwaan Zaid bahawa pemimpin Melayu DAP hanya payung semata-mata.

“DAP tekankan nilai muhibah iaitu sebuah negara yang demokratik, adil dan peduli dan diamalkan oleh semua kepimpinan DAP,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.

Terdahulu, Zaid mempersoalkan ciri Melayu yang dimahukan DAP serta mempersoalkan sama ada pemimpin Melayu dalam DAP dipergunakan oleh parti itu semata-mata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.