Carsome, pelanggan selesai saman kenderaan curi

Carsome, pelanggan selesai saman kenderaan curi

Carsome Sdn Bhd berkata pihaknya telah membayar balik sepenuhnya kepada pelanggan termasuk pembaikan dilakukannya pada kereta terbabit.

Pengurus Besar Negara Carsome Certified Malaysia Alan Cheah berkata setiap kereta yang dijual melalui proses pemeriksaan teliti.
PETALING JAYA:
Sebuah platform e-dagang kenderaan terpakai yang menghadapi saman cuai berhubung penjualan kenderaan curi, telah menyelesaikan kes berkenaan dengan pelanggan terlibat.

Carsome Sdn Bhd berkata pihaknya telah menyelesaikan saman dengan pelanggan berkenaan menerusi persetujuan bersama.

“Kami telah membayar balik sepenuhnya kepada pelanggan, termasuk kos pembaikan pada kenderaan yang dibuatnya,” kata Pengurus Besar Negara Carsome Certified Malaysia Alan Cheah kepada FMT.

Selain itu, Carsome turut berkata telah memberikan baucar kepada pelanggan terbabit untuk membeli kereta lain dan membantu menguruskan pinjaman baharu.

Carsome telah menyelesaikan isu berkenaan dengan pelanggan terlibat.

“Pelanggan itu telah membuat pembelian lain daripada kami,” kata Cheah sambil menambah perkembangan itu mencerminkan kepercayaan
baik kedua-dua pihak.

Pada Sept 2021, pelanggan terbabit dilaporkan memfailkan saman kecuaian terhadap Carsome dan Maybank Islamic Bhd berhubung pembelian kenderaan yang dilaporkan dicuri.

Cheah menjelaskan setiap kereta dijual di Carsome melalui proses pemeriksaan teliti membabitkan agensi seperti Puspakom, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), rakan kongsi insurans dan e-Auto untuk memastikan kenderaan terbabit tidak diusik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.